Pages

Thursday, September 22, 2011

dugaan dan cubaan

RENUNG-RENUNGKAN

Seorang buruh binaan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawah. Pekerja itu berteriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja. Jadi, itu untuk menarik perhatian rakannya...dia melemparkan duit syiling di depan rakannya. Rakanya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu sambung kerjanya. Dia mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannya mendongak ke atas lalu dia dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA..


... Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

SELAMAT BERAMAL..