Pages

Monday, January 31, 2011

Waiting for the End



This is not the end
This is not the beginning
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's with 'em

We say yeah, with fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead, forget it
Let it all disappear

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I have planned
It's out of my control

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn't so

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on

And I don't even know what kind of things I said
My mouth kept moving and my mind went dead
Picking up those pieces now where to begin
The hardest part of ending is starting again

All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

This is not the end
This is not the beginning
Just a voice like a riot
Rocking every revision (I'm holding on to what I haven't got)
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's with 'em

We say yeah, with fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there (I'm holding on to what I haven't got)
Cuz we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it forget it
Let it all disappear

Insya Allah

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Melody: Maher Zain
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Malay Lyrics: Frizdan

Friday, January 28, 2011

happy birthday to myself

it's my 27th anniversary with myself.
alhamdulillah, masih berkesempatan untuk bernafas dan beribadat untuk DIA..

as at 4.03 pm, 28 Januari 2011, ada 97 notifications org yg tulis di Wall Facebook dan 3 yang tag dalam post.
alhamdulillah atas doanya~


8.03pm

10.56pm

2.05am (29 Jan 2011)

syukur...
ni doa balas untuk semuanya:-



"Jutaan Terima Kasih buat semua sahabat/saudara/sisters/brothers yang telah sudi mendoakan kesejahteraan diriku..aku juga sayangkan kalian, moga ALLAH saja yang panjangkan ukhwah kita sehingga ke akhirat sana. amin~"

Thursday, January 27, 2011

think of you, think of us

I think of you,
Our memories,
Our shared joy,
We called it friendship.

Bits and pieces came to me
Lurking around the corner of my mind
We laugh, we cried
When both of us fell, we got up again

I think of us,
We lost each other,
And so suddenly,
Then it brings tears to my eyes.

Kepentingan Menjaga Solat

Hadith Riwayat at-Tirmidzi 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 

Huraian Hadith: 
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari. 

pemakluman bonus :)



ni la time aku dapat tahu tentang bonus :) alhamdulillah~
walaupun menjana kerugian, masih boleh menikmati bonus prestasi..
markah aku?
emm, tengah-tengah J

haha
~sfzy~
27/1/2011

Wednesday, January 26, 2011

bumi basah

Malam ini bumi basah,
Aku larikan pandang kemana-mana,
Tetap basah dengan rahmat,
Alhamdulillah atas kurniaanMU..

sfzy
wed 
26/1/2011

belas kasihan ALLAH

masuknye sesorang tu dlm Syurga adalah kerana belas kasihan dari ALLAH.
takutlah siksaNYA, jauhi laranganNYA dan lakukan perintahNYA.
Kerana, amalan yang kita lakukan dan ilmu yang kita perolehi, KONFEM tak cukup untuk menjamin kita ke Syurga ...
~ustz MHS~

Tuesday, January 25, 2011

Imam Doposen: Perkongsian Nurhuda Wahidah aka Ida di Office hari ini :)

Imam Doposen….





Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!


Monday, January 24, 2011

women never forget: credit to Iza Hanim aka Nanem

3 Amalan Yang Berkat


Hadith: 
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Huraian Hadith: 
Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT.  Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).

Riwayat: BukhariKategori: Akhlak

Sunday, January 23, 2011

my Sunday :)

What a weekend!! J

Rabu dan Khamis  aku sudah sibuk² di Rumah Nenek, Taman Mesra. Buat goodies, kemas² apa yang patut, tolong Ina siapkan pelamin, tolong Pajina kasi idea hias bilik pengantin.
Majlis Atie Nikah was on Khamis J Alhamdulillah, selamat sudah menjadi isteri kepada Khairul Shafiq Mohd Ali.

Aku bangga sebab kek aku dan agar² Mama turut sama mengambil bahagian sebagai hantaran pengantin :D bangga!! Hehe.. Alhamdulillah~

Pagi Ahad, aku ada kelas.. so off to UiTM Shah Alam untuk ke kelas  Service Management (ADM 570). Hari ni jumpa lecturer kelas tu, Encik Bahrulmazi bin Edrak. Hmm, dia ni pelik. Tapi bersemangat berkongsi cerita tentang service management. He is currently pursuing his PhD in UM. I was appointed as a class rep (more likely volunteering myself..huhu)

Anyways, after finishing that class, shoot home like crazy~

Sampai dalam jam 11 pagi ke area belakang Alamanda, kol mama suh jemput J haha~ sesat aka tak tau jalan..mcm tulah..

Kenduri was nice. Ramai yg datang. Makanan cukup. N happening sebab aku nyanyi beberapa lagu untuk pengantin baru.. berebut mic dengan Auntie2 dan Uncle2.. haha~

Petang tu balik, semuanya penat gila..

 Pengsan semuanya J

Saturday, January 22, 2011

my Saturday :)


Sabtu: mulakan dengan jogging bersama² dengan keluarga. Punyalah payah Baba nak pujuk aku suruh jalan jugak pagi tu. Hehe. Berat, berat~ anyhow, kami jalan la juga. Sobri pun ada, Aminah pun sama. So, lebih seronok nak berjalan². Kami round kawasan Saujana Impian tu. Ada taman baru buat. Orang pun tak ramai. Ada la 2-3 orang yang turut sama² berjalan untuk Negara.

Then kami breakfast di kedai Kak Ani. Buka topic gaji dan duit. Hadui..bukan senang nak jadi senang. Dan bukan susah nak jadi susah. Aku nak adik² aku hargai apa yang Baba dah usahakan selama ini. Jangan tau nak habiskan selagi ada dan tak reti manage income sendiri (peringatan untuk aku juga ok..)

Then tengahhari sikit ke majlis maulud di rumah Haji Daud. Cucu kembar dia nikah. Cantiknya pengantin. Sandingnya esok (Ahad). Seronok maulud ni… came with Ecah. Lambat sikit..
Masa jamuan, pinggan habes L
Tp seronok mkn sepinggan dengan Ecah J

Petang tu kami ke Econsave untuk beli barang Aminah. Tak ada duit memang memalukan. Memang sedih dan tak berdaya. Malu , tp terpaksa pakai duit Ecah dulu..MALU!!! ;p kesian, Aminah sebab aku marah dia amik mcm²..bukan salah dia kalau dia nk guna barang2 yg dia amik..
Untuk Aminah, “ Along minta maaf, kalau aku ada duit, hang amik jelah ape pun..aku tak kesah.” Huk huk huk…

Mlm: melepax je kat rumah, tengok  Eclipse. CD pinjam kak Su punye. Layanz~

Sebelum tido, aku gosok baju untuk pi ‘sekolah’ esok J


Sassy Girl OST-Haeng bok ha gil ba rae


KeuNoonSoKehSuh NuhNeun Ddo
DaReunGoSeul BoMyuh OoRuhSsuh
KeuRuhNeun NeeGa NuhMooMiWoSuh
NaDo DdaRaOoRuhSsuh

c/o:
KeuRiWoNan NigaNuh - Moo
JjidGiDoRok - NaAhPado
NaJooKuhSuhDo NehSarangEuRo
Duh HaengBokHaGilBaReh

Ah~ ah~ ah~ Ah~~~~…

HimEeDeuRuh DoRaBoMyuh
NaGuhGiEh Neul InnNeunGuhn
KeuGoSehDa NamGyuhDooGoOn
NeeNoonMool DdehMooNeh

Na - DduhNanJariEh NuhlHonJa
DoolSooUhbSuh IssutDuhnGeh

EeJehNeun Nuhl NuhMoo SaRangHae
KalSooUhmNeun EeYooGaDweSsuh

repeat c/o

translatios


You cried as you saw a different place in these eyes
Then because I hated you so much
I followed suit too

I tore you apart from my longing
It hurts me and it kills me
But I hope you’re happier with my love

Ah~ ah~ ah~ Ah~~~~…

If you look back to the hard times
You’ll see that I’m always there
I left there completely
Because of your tears

You are alone in the space I left
The thing was that we couldn’t be together
These days I love you so much
That’s become the reason for not being able to go

I tore you apart from my longing
It hurts me and it kills me
But I hope you’re happier with my love

I hope you’re happier,
I hope you’re happy…..

Sunday, January 16, 2011

Super Girl - Super Junior-M

Super Junior(슈퍼주니어)_미인아_뮤직비디오(MusicVideo)




translation:


YESUNG : Lihat Aku

SIWON : Kamu tahu tidak , tau tidak , kamu sangat cantik
Meski orang menganggapku gila , aku menyukaimu gadis cantik

HEECHUL : Seseorang beritahu dia , kepadanya , bahwa aku disini . Aku menunggunya !

(LeeTeuk & EunHyuk : Sayang mendekatlah padaku)

KYUHYUN : Jawablah , iya atau tidak , tolong katakan sesuatu gadis cantik kalau aku memenangkan hatimu , akulah juara di dunia ini

YESUNG : Di dunia ini , logikanya kita harus mengikuti orang yang kuat . orang sepertiku

RYEOWOOK : Pepatah bilang mencoba 10 kali berlebihan , ku tak peduli , tak peduli , tak peduli

SUNGMIN : Dia lawan yang kuat , dia tak terkalahkan , ku mencibir , mencibir , mencibir

SUNGMIN & RYEOWOOK : Aku harus bagaimana ? bagaimana ? hanya dia yang kusuka , dia , dia , dia

ALL :

Tertarik padamu , tertarik padamu
Hatiku berdetak kencang hingga tak bisa ku kendalikan
Break it ! dia memilihmu , memilihmu
Hatiku milikmu ! jika tidak mendapatkanmu , ia akan mati
LIHAT AKU !!!
Kamu melihatku ? kamu melihatku ? pria sepertiku
Kamu mengabaikanku , mengabaikanku , mengabaikanku , jika kamu perhatikan lagi
Meski kamu terus mencari , terus mencari , tidak ada selain aku
Sangat jelas , sangat jelas , sangat jelas

(LeeTeuk & EunHyuk : Sayang ! kamu mendekatlah)

DONGHAE : Apa yang harus kubeli beli , beli , sebagai hadiah untukmu
Oh aku jadi gila ! hanya dengan memikirkan pun aku menyukaimu

KYUHYUN : Dengar gadis , (Yesung : Aku menyukaimu)
KYUHYUN : Sayang (Yesung : Aku mencintaimu)

KYUHYUN : Akulah satu-satunya pria untukmu *Jinjja?

YESUNG : Dengarkan pengakuanku

RYEOWOOK : Hatiku berkata , jangan cemas , tenang , tenang , tenang

SUNGMIN : Dengan kebenaran ini ! aku bisa menyelamatkan negara , mengagumkan , mengagumkan , mengagumkan .

ALL :

Tertarik padamu , tertarik padamu
Hatiku berdetak begitu kencang hingga tak bisa ku kendalikan .
break it ! dia memilihmu , dia memilihmu
Hatiku milikmu ! jika tidak mendapatkanmu , ia akan mati
LIHAT AKU !!!
Kamu melihatku ? kamu melihatku ? pria sepertiku
Kamu mengabaikanku , mengabaikanku , mengabaikanku , jika kamu perhatikan lagi
Meski terus mencari , terus mencari , tidak ada selain aku
Sangat jelas , sangat jelas , sangat jelas , tidak ada selain aku

LEETEUK : Aku bisa jadi gila bahkan bisa meledak

HEECHUL : Aku tak tahan lagi mengikuti permainannya

EUNHYUK : Oh aku benar-benar gila ! tolong hentikan aku !

SIWON : Seseorang harusnya memperingatiku bahwa ini sangat berat

RYEOWOOK : Itu benar ! perasaanku tak akan berubah . kamu tau bahwa kita serasi

KYUHYUN : Bagaimana caranya tetap mencintaimu ? aku akan bersikap baik padamu jangan biarkan aku membusuk disini

YESUNG : Aku menunggumu gadis cantik (SH , LT , EH : Ku harap kamu mendekat padaku , mendekat padaku)

YESUNG :Aku mencintaimu gadis cantik (SH , LT , EH : Berikan tanda padaku , tanda padaku)

HAHAHAHAHAHA~

K .R .Y : Aku rasa dia sudah siap melihatku

ALL :

Tertarik padamu , tertarik padamu
Hatiku berdetak kencang hingga tak bisa ku kendalikan
Break it ! dia memilihmu , memilihmu
Hatiku mulikmu , jika tidak mendapatkanmu , ia akan mati
LIHAT AKU !!!
Kamu melihatku ? kamu melihatku ? pria sepertiku
kamu mengabaikanku , mengabaikanku , mengabaikanku , jika kamu perhatikan lagi
Meski kamu terus mencari , terus mencari , tidak ada selain aku
sangat jelas , sangat jelas , sangat jelas , tidak ada selain aku

misi menawan puncak Broga

Pagi ni aku , Ecah dan Sobri naik bukit Broga.
Whoa~ sangat penat. 

Kami bertolak lepas subuh. Lepas solat jemaah dengan Sob, dia ajak,
"Jom jogging Long".
Aku mamai. Serius ngantuk lagi. So dia pun siap². Ecah jenguk depan dan tanya, "Long hang pi jogging tak? Jom pi Broga."
Aku pandang dia, "Hang nak ajak Zul sekali ke? Aku segan la. Tak selesa."
"Tak lah.."
"Ok, siap. Kita naik Bukit Broga"

Naik WTH. Sejuknya pagi² kat kawasan tu. Kereta lain tak ada. Maklumlah hari ni hari Ahad.
Perjalanan kami lancar je. Lalu depan University of Nottingham, Semenyih.
Ok, cantik Universiti ni. Besar dan baru. Kalau aku minta kerja sini ok tak? :P hehe~

Aku tak expect terrain yang kami akan tempuhi adalah macam tu. Huaa~
Bermula episod mendaki bukit.

Kami melalui kebun kelapa sawit untuk sampai ke laluan yang penuh dengan pokok paku pakis dan lalang.

Perjalanan naik atas tu taklah lama sangat. Tapi sebab aku banyak kali berhenti. Naik jam 8.00 pagi dan sampai puncak lebih kurang 9.15 pagi. Turun balik bawah jam 10.30 pagi.

Penat beb! Separuh nyawa. Kalau tak sebab Sob tarik tangan aku, memang takkan sampai pun atas tu. Memikirkan sekali ni la kalau nak naik pun, dengan adik², dan dah sampai separuh jalan maka aku teruskan juga. Ego pun memainkan peranan penting. Tak mahu kalah.

Always see a glass as a half full glass. Not half empty.

So, lepas amik nafas beberapa minit (10 minit-15 minit kut) kami teruskan lagi pendakian. Bersama² kami ada ramai lagi umat yang datang untuk tawan puncak bukit tu. Tak sangka. Masa parking tadi pun kereta berderet² beratur. Kata Ecah, kalau nak parking dalam kawasan kebun, kena bayar RM 2.00. Jadinya kami park di luar saja.

Masa naik, aku teringat pengalaman mendaki Bukit Bauk di UiTM Dungun. Dan bukit apa entah masa latihan silat dulu. Lalu sungai dan masa tu memang tak leh nak elak, kena gak pimpin tangan orang lelaki untuk bantu habiskan misi. Sama jugak dengan misi kali ni. Huh~

Ramai juga yang mencungap masa on the way tu. Yang bestnya, aku jumpa dengan sorang Chinese girl ni. She was on her way down.
Aku tanya dia,
“Hi,adik how far up? Berapa jauh lagi?”
Dia kata, dan aku tak boleh lupa, “Very near lah~ it’s just up there”
Aku bersemangat untuk menghabiskan juga misi menawan puncak Broga ni.

Kami teruskan perjalanan. Macam² orang  yang kami jumpa. Ada yang menyanyi sambil naik atas bukit tu. Sweet sgt dia nyanyi untuk awek dia. Lagu Anuar Zain you, jgn main²..

Ada yang pakai selipar jepun. Ada yang baunye busuk bangat! Ada yg bawa helmet. Ada yang berdukung!! (kes ini: dukung kanak² kecil ya~) ada juga org tua bertongkat. Ramai..
Melayu Cina India.. Semua ada.

Lepas ambil gambar untuk menjadi bahan bukti, kami pun turun.
Di atas tu tak la ada The Mall ke apa.. tapi pemandangan yang ada tu , memang berbaloi². Aku takkan lupa..

Balik tu penat, terus membuta~
ZZZZZzzzzzzzzz~~~

sfzy
@ home
1400hrs

Friday, January 14, 2011

new people

new people bring new anticipation
new people bring new air of creation
new people bring new perception
new people bring new experience
new people bring new imagination
new people bring new innovation
new people bring new HOPE

i met new people and it uplift me :)
*Mr. Leong Yeng Weng-COE

~sfzy~
14/1/2011
@ office

"A journey of a thousand miles must begin with a single step."

 - Chinese Proverb

BEN

love the pics inside here --> http://www.redzaridzuan.com/2010/dec/31/rewind-2010/

Craving

Craving for something new~

Thursday, January 13, 2011

Habib 'Umar bin Hafiz

rindu nk dengar tausiyyah dari Habib Umar lagi.. :')

Hasilan 2011

Tadi tertengok no post yang aku dah publish di archive blog ni :)

Tahun 2009 - 44 posts
Tahun 2010 - 174 posts
Tahun 2011 - aku nk buat lebih daripada post 2010. 

Target aku adalah untuk post seberapa banyak nukilan yg aku boleh fikirkan :)
Terinspirasi daripada blog Bonzai di Salah Taip. Aku terhibur membaca hasilan Bonzai.

Nota kaki:
terima kasih Bonzai, kamu idola saya ;)
semangat menulis kamu mengagumkan saya~
saya ingin menulis seperti kamu..
tanpa henti. tanpa bosan.

~sfzy~
13/1/2011

"Life without love is like a tree without blossom and fruit."Kahlil Gibran

sis Nana, Syifa n me..i miss them~

Wednesday, January 12, 2011

kerdil

Mendayu suara memohon cinta
Indah melodi kudengar
Melagu puji pada Maha Agung
Menusuk hati yang paling dalam
Titis mutiara merayu keampunan

Hati seperti terus berhubungan dengan Tuhan
Saat mendengar terjemahan
Diri kerdil ini meluah rintihan

Betapa agung belas kasihMU
Ampunan yang tidak bertepi
Maafan yang tidak bertapi
Jiwa dicuci dengan bacaan doa pujian pada KekasihMU

Fana keliling alam
Dan dunia terasa tiada lagi
Pijak kaki atas lembutnya awan tinggi

Bila hati bersatu dengan Tuhan
Indahnya mati kurasakan

Jiwa melonjak bahagia
Keseronokan bertemu Pencipta
Debaran menatap kebesaranNYA
Kerinduan tak tertanggung padaNYA


~sfzy~
Maulid Nabi @ Jenderam Hilir

sedih

sedih bila yang tak pernah berdosa menjadi mangsa angkara bodoh dan rakusnya nafsu dunia..


jahil.
keji.

Tuesday, January 11, 2011

Norwegian Wood by Haruki Murakami

finished reading the book.
somehow it manage to make me feel depressed.
as Nanem were saying, it is dark and depressing.
i couldn't agree more.
i never knew that book (certain book) can make us feel like that.
OK, asking myself, why do i love reading?
i like the feeling of understanding and picturing other people's life and experience.
i like the feeling it (the book) left me after i finished reading it.
as away to relax my mind (i think it is why i bought lots of romance book)
i do read HP. and i love them all. twilight saga too~ fictions.
Baba said it was escapism.
i guess it is.

-sfzy @ desk

Monday, January 10, 2011

aku kini

me, sis CT Zaleha (n BB) and sis Ieza @ class BEL!

Me and CT Raf @ office
Aminah, Mama, Ecah and Ddy. taken during Majlis Khatam Quran 2010
siap2 nk gi kenduri Adila dengan Ida n Saidi
Me and Ecah during Hari Raya Aidil Fitri 2010

AJL - Anugerah Juara Lagu 2010

the ceremony was held last night @ Stadium Putra Bukit Jalil.
kami nonton di rumah saja :)
booking seat depan katanya..depan TV!

sambil enjoying the show, aku on9..wah, ramai betul juri tak professional post komen2 yang lahar!!

aku tak expect sapa2 pun..my intention is just to enjoy the show. and Alhamdulillah aku terhibur :)
senarai finalis adalah seperti berikut:-

1.Hanyut-FT        
2.Kebahagiaan dalam perpisahan-Shahir
3.Noktah cinta-Hafiz
4.Cinta sempurna-Yuna
5.Mencari konklusi-Hujan
6.Jahat-Stacy
7.Ku ada kamu-Adira
8.Sofea Jane-Black
9.Tolong ingatkan aku-Ana Rafali
10.DramaKing-MUH
11.Berlari-Tomok
12.Pelita-A.P.I
13.Selamat malam-FT
14.Ekstravaganza-Bunkface



yang penting aku gembira menontonnya dengan mama, ecah, sob and baba :)


*tak puas hati kut Ana Raffali menang...sepatutnya Faizal Tahir~emm, atau Black ;p 

yang kudambakan-2011

  • Emm, ok…aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Jgn salah sangka. Aku bukan prejudis pada perhubungan antara lelaki dan perempuan. Malah aku sangat menghormati hubungan tersebut asalkan ianya halal, serta utuh dibatasi syarak dan agama islam. Sekali hati ini berjanji, aku akan cuba untuk mempertahankan janji itu.
  • Aku mendambakan lelaki yang mampu menjadi Imam dalam solatku juga dalam hidupku, Pemimpin dalam rumahtanggaku, Bapa kepada anak-anakku. Macam mana nak tahu siapakah dia yang kudambakan? Benarkah dia orangnya?
  • Sehingga kini, bermacam pengalaman aku dapat kutip. Bermacam jenis manusia aku telah jumpa. Aku seorang yang serius dalam perhubungan. Aku mencari lelaki yang bersedia untuk bersama-sama aku dalam menjalani the rest of our lives together. Belajar untuk hidup bersama, membina keluarga dari bawah sehingga berjaya akhirnya.
  • Oh, Tuhan..bantu aku menghadapi realiti hidup yang telah Kau susun untuk aku. Aku percaya, setiap keputusan itu baik untuk aku. dan wahai HATI, tenanglah dalam menghadapi apepun reaksi. bukan jodohku kiranya hatinya tak senada dengan hatiku. i've survived a great test before..insyaALLAH i can do it again.. bangun kembali setelah jatuh.

Wednesday, January 5, 2011

Rihanna - Only Girl (In The World)



take me for a ride,
o baby, take me high,
let me take you by surprise,
o make it last all night~

Tuesday, January 4, 2011

semalam di kedai Sushi

went out at about 7.50pm from home. i'm sayin', tonite is a sushi nite :) YEAY~


driving like mad to Metropoint. Nanem dah sms ni, tanya "Dimanakah?"
err~ dah 2 minggu aku tak topup.. (ntah i don't feel like it..nobody to call or sms~ : how pathetic was that?)
New Year wish pun only from my 2 dear cousin, Atie and Ina. huh, i don't bother to reply..


2 minit nak sampai Metropoint, wah~ jalan belakang Hospital Kajang dah retour..smoother than before :)


sesampai je, aku parking WDW kat tepi curb tu..mcm cemerlang giler :) haha~
lalu depan sushi, Nanem takde..aku terus jln ke kedai video ;p i know that i'll be singgah there just to kill time :) yup, she was there!!


kami masuk dulu untuk mkn, Nawal dtg later~


borak like nobody business..wah, it was fun!! :) sushi adalah sedap OK!!


minta refill untuk hot green tea aku..then adik waiter tu tanya,  "kak, tumpang tanya..akak ni pelakon ke?"


HAHAHHAHA~ aku bantai gelak~ :D


*muka aku ada mcm muka pelakon ke?? OMG~


sampai sekarang hati aku masih geli2 bila mengenangkan :) hehehe~


-sfzy : sengal di kedai Sushi~

Monday, January 3, 2011

~personaliti~

Kajian mendapati bahawa personaliti seseorang itu boleh dicakna melalui:

1) Cara beliau berpakaian (bergosok / matching/ bersih / bau )
2) Cara beliau bertutur (sopan / mendongak / tunduk / berhati2)
3) Cara beliau berjalan (lambat / cepat / gopoh / yakin / menunduk)
4) Cara beliau menghias rumah (selerak / busuk)
5) Cara beliau meletak kereta / parking (tayar senget / tak masuk petak)

permulaan hari baru, tahun baru

Hello 2011 :)

@ d office at this moment. saja keluar awal untuk elak sesak. hari ni mula kerja, mula sekolah. memang sesak kalau keluar lambat sikiiiiiit je :)

penghujung tahun 2011 buat aku terpana. ramai yg kata aku makin gemuk. ya, aku pun rasa aku makin gemuk.
aku takut. kalau tetiba jantung tersumbat. tetiba sakit kronik. aku belum puas hidup!

jadi, aku nk kurangkan gula. aku nk kurang mkn nasi..kurang mkn.. jogging kerap.
hu~ insaf :(

tahun ni aku akan masuk alam 27. masa kekecik, aku rasa bila aku 27 , aku dah ada mcm2 :) aku dah kaya..dah ada keluarga aku sendiri..

nampaknya bukan itu yang DIA susun untuk aku :) insyaALLAH aku terima. aku redha dengan takdir yang telah tersurat untuk aku :)

syukur aku masih punya Mama dan Baba dan adik2.. Ya ALLAH, panjangkan umur kedua orang tuaku. peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu kecil. berikan kesihatan kepada mereka AMIN~

Sunday, January 2, 2011

M. Nasir - Srikandi Cinta Ku


Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikanmu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.

~proverb~