aku lihat dia
dia yang berada
dalam dunianya
aku insafi
kejadian diri
dia istimewa
tiada berdosa
tiada tanggungjawab
tidak diberati hukum
berbanding aku
penuh dosa
walau bisa membeza
benar dan mungkar
masih tetap aku
melihat dia
dia gembira
tak fikir apa-apa
berada dalam dunianya
dan terus tertawa
dia istimewa
permata dalam sejuta
bebaslah dirinya
dari belenggu dunia
aku masih insafi diri
syukur dengan kejadian kini
aku terpilih
insan terpilih
menjadi manusia
untuk disempurnakan
sfzy
@taufiqiyah
19.10.2010
No comments:
Post a Comment