Pages

Thursday, August 18, 2011

Yang paling cerdas dan yang paling pintar

"Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata: "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?" Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat." Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)" 

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Musa

balik dari mengaji, kami dah sibuk2 kemas apa yang patut.
sapu lantai dan sapu simen, vacuum karpet, angkat kerusi dan meja. Mama start buat ikan goreng, gulai ikan dan Ecah tolong kopek kulit telur rebus untuk dibuat sambal telur untuk majlis petang karang.

memandangkan one week earlier Uncle Jamil ada sms untuk tanya feedback ahli keluarga tentang buka puasa tahunan Keluarga Musa di Rumah Nenek di Taman Mesra. patutnya majlis dicadangkan dibuat pada Sabtu lepas. namun atas sebab yang tak diketahui, cancel pula last minit gitu. aku dan family rasa ralat sikit~

so aku bagi suggestion untuk buat buka puasa di rumah kami instead! pada hari cuti Nuzul Quran (aku tak tahu KL kerja!!)

i insist Mama to get some sleep right after she finished masak. kalau tak nanti dia penat :( last 2 weeks kami buat Majlis Buka Puasa jugak kat rumah. tapi jemputannya adalah Keluarga belah Mama (Atok Md. Yunus) alhamdulillah, kehadiran 99%. Abg Hafiz dan newly wedded wife, kak Aida ada wakil Mak Andak Batu Kurau :) waktu hampir berbuka Mama dah semput..aku risau  :( tp semuanya berjalan lancar lepas tu..

pada mulanya agak hambar juga  sambutan petang tu. keluarga Uncle Jamil, Pajina, Atie n Shafiq datang. only then barulah ramai yang tiba. the spirit is once again being restored~ yay!

Wednesday, August 17, 2011

cuti Nuzul Quran

Pagi lepas sahur aku bercerita dengan Mama pasai kehilangan si putih. huhuhu~
Baba kata, nk baut macam mana, dah nak hilang. takpelah, kurang sikit kucing kat rumah kita.. (mungkin sekadar nak menyedapkan hati aku yang tak berapa nak molek...aku masih rasa bersalah~)

so dalam jam 7.30 pagi tu bila dah terang sikit, aku ajak DJ pi cari si putih. lebih kurang sejam berjalan round tempat possible area kehilangan tu took place dan jumpa pelbagai jenis kucing liar dan bela, aku dengan DJ give up. seems like the neighborhood was a conducive for a stray cat to survive. i just hope that he will be okay and not get into trouble. bulu dia putih bersih dan ekor dia oren. agak ralat jugak sebab kehilangan dia :( hua~

Jam 9 pagi ke Surau Taufiqiyah ada kelas pengajian terakhir sebelum 'cuti panjang' untuk raya.
Ustaz Hafiz cerita bab ibadah. hak ALLAH dan kewajipan hamba. it was enlightening. sekali sekala ada juga cerita menarik yang diselitkan.

antaranya, kalau sedang berpuasa, jika sekiranya air liur kita telah terkeluar melebihi bibir yang merah, tak boleh dijilat atau di telan semula. kira batal puasanya. hmm, aku rasa aku pernah dengar pasal ni masa sekolah dulu :) cuma, yelah, selagi aku ni bersifat manusia, aku perlu constant reminder.

lagi, ada juga bab usik2 pasal kahwinkan anak, open house sempena Hari Raya. Ustaz akan ke luar negara lepas raya keempat. dan akan 'offline' lama sehingga 15 haribulan. sekurang2nya Mama dengan Baba ada masa untuk atur kenduri Ecah :) ada hikmahnya.

oh ye, lepas Raya juga, Mama akan mula mengajar 15 orang budak mengaji Al-Quran 3 kali seminggu. ohoho~ aku just harap mama ada tenaga dan ada kesabaran yang cukup untuk menghadapi semuanya sekali lagi. Mama pernah mengajar mengaji di rumah dan the outcome for the kids was excellent. but the outcome for Mama was quite so so.. the whole thing has take a toll on her condition. Mama bukan sihat sangat. perlu rehat banyak. kalau penat sangat, masalah juga nanti. hmm, entahlah.. aku akan sokong apa pun yang Mama akan buat atau decide.

hilang lagi seekor!

last night aku pi lepak dengan Nanem, di Paparich, Prima Saujana.

masa nak keluar dr rumah, aku perasan ibu kucing dengan anak dia yang kaler oren tu duk atas kereta. aku undur kereta sampai depa dah blah dr atas tu..sampai je simpang depan rumah, memandangkan jalan clear dr kereta, aku pun tak berhenti untuk tgok  kiri atau kanan. malas nk tukar gear.not until sampai depan bus stop Sg. Sekamat aku realize yang anak kucing yang bulu putih tu baru terkedek2 nak turun kereta aku. dengan terkejutnye aku pun emergency break! nasib baik kereta blakangjauh lagi. kucing tu apa lagi, kreta behenti je terus lari ke area belah rumah org2 Indon kat area situ. aku keluar kereta dan panggil2 dia. huhuhu..masih shoked dan agak takut dengan pandangan org Indon tu aku pon masuk balik dalam kereta dan blah dr situ. meneruskan destinasi ke area Kajang.



dengan penuh remorse~ aku memikirkan samada si putih tu selamat atau tak. makan atau tak. boleh balik rumah atau tak. huhu aku rasa bersalah!!! dah hilang lagi seekor anak kucing :(

Tuesday, August 16, 2011

meaning

life has no meaning
if only we decide that it is
only we can color all the good things in life..
if not us , who will?

akusuka, Mamasuka, semuasuka~

Bahan A

180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya

1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

wise word



"You must dare to disassociate yourself from those who would delay your journey... Leave, depart, if not physically, then mentally. Go your own way, quietly, undramatically, and venture toward trueness at last."

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

tired

today is so tiring.
meeting towards the end of a day does not prove a thing. in fact it only bring more feel of unsettling.
under-achievements and annoyed to oneself..no.not self loathing though.

hmm, i wonder when is this project will pass...i hate it~

Tuesday, August 9, 2011

mood hadirlah~

sudah beberapa hari aku culas memberikan kasih sayang dalam blog ini.
bukan apa, tak ada masa.
carilah masa.
malas?
sedikit.
penat la, kan puasa..
alasan~

setiap hari rutin aku adalah kerja, Kenit, kerja, Kenit,kerja, Kenit..
ada juga sekali2 membaca. sudah 2 novel yang aku baca. untuk isi masa lapang sementara menanti waku berbuka.
tulisan Leann Banks dan Nora Roberts.
romance.
ha, because i'm a helpless romantic~