Monday, April 26, 2010
::this is us::
Give you all my love
Forget what he has done to you
I'm here now
Open up to me
Love will set you free
If ever you believe it
Please believe in me
Tuesday, April 20, 2010
::piranhas::
sfzy on FB @ 11.30
Saturday, April 17, 2010
Maulud-Mama-Singapore (MMS)
As for me and the others, mkn time beli jelah kat luar… ;) funny tho, at her age her daughter still can’t cook anything decent for her. I felt like crying~~~
Whe mama told her adventures in Singapore, I was laughing out loud for hearing the stories about mama and her girlfriends sharing turns bringing the food to the group! Hahaha. There are four of them and each of them take turns to ‘visit’ the food banquet table and bring back foods for all four of them! Memang mcm org bujang… I glad though that she really enjoyed her times thare. She really ned tose vacations. Away from us, away from home..before she resumes her daily routine tomorrow..hahaha..
Tomorrow is 17 april 2010. it’s mama and baba’s 27th anniversary :)
Friday, April 16, 2010
orang ikhlas tertindas...?
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas aku.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai aku bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja aku bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, aku lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, aku bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Aku tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata aku perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Aku berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Aku lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang aku sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran aku pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang aku panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “CEO”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas aku mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang aku kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup aku. Aku terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya aku juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas...?
-petikan dari Genta Rasa.
Tuesday, April 13, 2010
agi idup agi ngelaban
Sudahkah aku sampai ke tahap itu bila hati masih mempertikaikan pilihan yang sedang aku timbang. Siapa yang mampu menjawab soalan hati aku ini selain DIA.. kita digalakkan berusaha, bukan? Oh Tuhan, tunjukkan aku caranya..
Dalam menjalani ranjau hidup, DIA akan jumpakan kita dengan pelbagai manusia..
Apakah impaknya? Tentulah cara pergaulan, kebebasan hidup bermasyarakat dan beragama. Atas diri sendiri untuk bagaimana harus memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada khalifah disini. Buruk baiknya semua bersebab. Kenalah muhasabah diri, iman dan tawadduk dalam perbuatan dan sikap seharian.
Siapakah yang akan merasa akhirnya kemanisan ini? Tentulah kita semua bermanfaat darinya…dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jua setiap dari kita akan kembali…
Selagi hidup selagi itulah kena berjuang :) I can do it!!
Sunday, April 11, 2010
-::change::-
"Any change, even a change for the better, is always accompanied by drawbacks and discomforts." Arnold Bennet
Saturday, April 10, 2010
Macam mana nak mulakan ya..
Lepas SPM, kami masing-masing berpisah arah tujuan. Huda dapat sambung study kat KYPM Melaka. Ekhzan kat MMU Melaka. Iwan up sikit ..masuk matriks UUM. Aku sendiri? Alhamdulillah dapat sambung Diploma Perakaunan di UiTM Terengganu.
Tahun 2002 adalah tahun kami mulakan hidup sebagai individu yang cuba mencari identity masing-masing. Sepanjang pengajian, jarang sekali aku dapat berkumpul balik macam zaman sekolah..tapi rindu tetap setia jenguk hati aku. Aku tak pernah ada kawan baik lelaki macam Iwan dan Ekhzan. Aku tak pernah ada saudara sebaik Huda. Aku dah biasa dengan masakan makcik (Arwah Emak Huda). Sungguh aku rindu sahabat-sahabat aku!
Tahun 2005 sepatutnya aku tamat pengajian … memandangkan nature aku yg selalu join event universiti..maka studies aku terabai org ‘pandai’ mmg macam tu, kan? Tanpa segan silu, aku terpaksa extend semester aku ke semester 7 dengan 2 subjek saja..
Ohh, kenangan lama… masihkah aku nak re-live the moment? Terasa hati aku macam pedih je everytime aku recall cerita ni…
After tamat Diploma, aku apply untuk Dgree. Fevret course aku..TESL. believe it or not, aku hanya sedar minat aku ni (untuk menjadi seorang pendidik dalam bahasa Inggeris) masa halfway through Diploma. Dendam juga sikit pada Cikgu Bushro yang “menyuruh” aku pilih Diploma Account sebagai 1st choice dalam UPU form. Salah sendiri..keputusan terletak dlam tangan masing-masing.. Ya ALLAH, macam tak percaya semua tu dah lebih 5 tahun yang lepas.
to be continued...
~sfzy~
Feelings
Dear bloggie,
Adakah engkau memahami hati seorang perempuan? Do you know how hard it is to bottle it all up inside of you and never had the guts to say your feelings out loud?
I knew exactly how it feels if everything is already out there. Whatever comes next doesn’t even matter.
It’s like you have been set free after so long of misery. Feelings are a mystery. No one could ever tell. It is not written on your face. It’s not like people can guess it anytime.
Feelings …must it be said? Why do we need to be said? Should it be known to people?
Friday, April 9, 2010
KuRniA
“Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan
karuniaMu dalam sunyi aku bersujud”
My journey started this afternoon with my sis, Aishah. She can be wonderful if she wanted to ;) she fetch me @ UNITEN at 2.30pm. terpaksa aku amik half-day mengejut. I felt Mr. Guilty came. So, I msg my boss to inform her about me gone to PJ. Actually plan ni pun was not well prepared. Not 3 days ago I received letter from Kurnia Insurance regarding the accident I’m involved in, which was like 3 months ago.
Ecah was the driver. Dia drive, fuhh…seatbelts!! And we manage to be there at 3.00pm jugak la~. Alhamdulillah we manage to get a tepi jalan parking-not-so-parking place and we settled there. Tawakal jelah.. it started to rain quite heavily when we got out of the car.
Dengan kecekapan sang sister yg sudi menemani kakaknye menguruskan hal insurans, I am really thankful to her. It was proven later when I pay for her food, toll fees and gas J walaupun agak susah men-psyco beliau through chat-box fb yg kecik tu, akhirnya kami execute juga plan ini. Managed to print the letter explaining about why I delayed informing Kurnia about the accident @ one office earlier thru the phone. I think they (the insurance company) are so angry to me that they DON’T want to pay at all! Ohh, so I walk in to the Claim Office @ level 5 with a notion that I will definitely face monsters once I’m in…
We went into the building and saw Security Counter. Muke pakcik agak friendly..
Pakcik Friendly: ye, anak?
Me: good Afternoon pakcik. Boleh saya tahu dimana surau?
Pakcik Friendly: nak kemana ni, ya..boleh pakcik tahu?
Me: actually kami ada urusan di tingkat 5. tapi kami nak solat dulu. Jadi nak tahu surau dimana (with a smile)
Pakcik Friendly: oh, ada urusan..surau di tingkat 3 ye. Boleh saya dapatkan driving license salah seorang?
Me: emm, mungkin saya nak guna driver licese saya kat atas nanti, takut pegawai tu minta..kad pekerja saya ni boleh tak pakcik? (sambil tunjukkan UNITEN staff ID card ku)
Pakcik Friendly: boleh (with a smile also). Ok ini tag pelawat. Nak masuk office tingkat 5 nanti kena touch di pintu ye. Surau tingkat 3 pun boleh pakai tag yang sama.
Me: terima kasih ye pakcik (with a smile)
So, kami memulakan pendakian dengan lif. Sampai tingkat 3 yg penting solat dulu. Cantiknya surau mereka. Fresh scent, takde bau hapak..aku baru sedar yang beg telekung aku tertinggal dlm kereta Ecah.. Daym, so I hope that mereka ada telekung wakaf yang tak busuk ;p so much of demand ha..memang pun, nak ngadap Tuhan ni..mestilah bersih, wangi dan cantik..
Ecah sabar menunggu aku solat dan bersiap. Sambil tu she did some studies on her PTD exam that she’s going to sit tomorrow (10 April 2010)
Masuk dalam office, tingkat 5 aku amik no giliran. There was only 1 man waiting in the waiting area. Tak sempat nak duduk lama kat atas kerusi empuk dia, nombor aku kena panggil. Mr. Devraj was the executive yang melayan kes aku ni. Dengan perasaan tahap kesiputan yang melampau yg kurasa pada masa tu, aku greet Mr. Raj and explain my coming there. He turns out to be a soft spoken man dan ikhlas nak bantu aku. Oh, alhamdulillah syukur! Tak sampai 10 minit aku cerita dengan dia, dan dia cek docs yg aku passkan. He asked for my police report. Huhu, dlm byk2, benda tu je yg tak ada. So I promised him that I’ll do it on Monday.
Sebelum balik tu, rupa2nya member kat sebelah kubikel Mr. Raj tu mmg eavesdrop conversation kami. He called me and minta aku cerita la apa mslhnya..
Kawan Mr. Raj: kenapa ni?
Me: dapat
Kawan Mr. Raj: o..kamu tinggal di mana?
Me: Sg. Sekamat Kajang..
Kawan Mr. Raj: kat are mana? Saya pun duduk di situ. Lorong depan Masjid Jamek Sg. Sekamat tu.
Me: ha?? Lorong sebelah taska tu ke? Lorong rumah Acik Johari?? Sebelah surau kecik dalam tu???
Kawan Mr. Raj: a’ah, pakcik punya rumah yang kaler putih tu..
Me: laa~~ ya Allah, memang tahu sangat la kawasan tu, kami selalu tadarrus kat
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
Haha..it turns out that apa yang aku geruni selama ni salah la..ade juga manusia yang ber-emphathy dan bertimbang rasa.