agak slow petang ini. dengan isu Bersih yang tak habis-habis. ramai juga yang tak ada di Office. half day sebab takut jem ditengah jalan nanti. bagi aku, mana-mana pun sama. dah namanya operasi, kat celah kampung pun dia akan buat juga kalau dah terima arahan. nampaknya hujung minggu ni peluang aku untuk habiskan reading aku yang asyik tergendala. tak leh nak fokus dan layan langsung.
currently i'm reading Twilight. again.
in my list is Kasih Yang Suci. Pecah. New Moon. Eclipse. Breaking Dawn.
movies plak, mungkin akan layan cerita Maid of Honor, 27 Dresses, Sound of Music. Transformers. 3,2,1 Cinta and Ice Age.
teruknye, kat opis pun bleh rancang dah apa nk buat in the next 2 days.. lemau..lemau~
help!
Friday, July 8, 2011
touched
"You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there."
— Bob Marley
— Bob Marley
Thursday, July 7, 2011
rutin Khamis malam...
satu kisah yang ingin aku kongsikan untuk kenangan diri sendiri.
masa di UiTM dulu, aku adalah seorang kakimasjid ('clear throat'..ehem..ehem..). aku akan bersiap sedia dengan telekung dan sejadah, berwuduk, jalan kaki dr kolej ke Masjid. ada la 2-3 orang geng yang sehati. kelas di UiTM masa tu akan habis awal setiap Khamis. kami cuti Jumaat dan Sabtu. Ahad dah mula semula minggu yang baru. memang macam tu.
rutin setiap Khamis di Masjid adalah bacaan YaaSiin. macam biasalah, budak-budak Masjid dan budak-budak BH (Baitul Hikmah-nama persatuan tu masa tu la..skrg ni dah tukaq nama jdik Baitul Hadhari) akan mengelolakan. hari Khamis biasanya bagi yang rajin berpuasa tu akan berbuka puasa ramai-ramai kat belakang area Muslimah. ada yang rajin buat usrah. ada yang bagi tazkirah. ada juga yang mengaji Quran sendiri-sendiri. dah amalan biasa di rumah. tak salah extend sampai ke kampus. ianya lebih menarik, tertarik, da bomb~ dan bagi yang selalu ke Masjid, memang akan kenal each other la. mesra gitu~ memang damai je rasa.
berlainan pula dengan student yang ada kelas (last minit) macam budak-budak Hotel (atau course lain yang kena buat kelas ganti). kadang-kadang kena kerja. masak, serving, housekeeping dan lain-lain. petang Khamis adalah waktu yang memenatkan. yalah, tengok roommate sendiri dah mula bersenang-senang hati kemas tempat, kemas baju, basuh apa yang patut, sidai apa yang perlu. tapi mereka, langsung tak boleh nak buat apa sebab jadual dah penuh macam tu. kasihan. sudah nasib badan.
bagi yang menetap di area Dungun, Kemaman, Kerteh, Paka dan KT sendiri, petang Khamis adalah syurga hujung minggu. mereka bungkus kain baju busuk dan packing balik ke rumah untuk beri 'hadiah' kat mak untuk basuhkan. bukan tak ada org macam ni.. serious, tak sungguh tak kata. (kalau rumah aku dekat, akulah orang pertama yang akan berbuat demikian! hehehe..jgn mara aa~)
untuk yang kaki outing tu, Khamis petang merupakan hari yang ada pasar malam di Dungun. masa aku mula-mula masuk ke universiti, orang kata, inilah pasar malam yang paling panjang di Terengganu. entah, aku mula ukur langkah masa nak masuk semester 4. time jadi senior la baru bleh buktikan theory untuk disampaikan pada adik-adik junior~ kalau aku ada free time, dan tak sibuk di Masjid, aku akan keluar juga ke pasar malam hari Khamis ni. tak ada lain yang aku cari. rangka ayam goreng! ehh, jangan salah sangka..walaupun rangka ayam je, tapi memang layan habis wa cakap lu! sampai termimpi-mimpi~
menunggun van / bas 'kunyit' tu satu hal. van yang dah buruk takde aircond memang jarang penuh. selalu je kosong. 1 ke 2 orang je yang tak kisah (kejar masa, dah nama pun pasar malam. time keluar terang lagi. bile nak balik dah gelap gulita) apapun, cuma satu je yang aku tak minat bila hari Khamis di sana, ramai sesangat umat yang ke pasar, tapi kemudiannya terkocoh-kocoh angkat takbir untuk solat Maghrib di masjid saat Bilal hampir laungkan azan Isya'. berseluar jeans plak tu. memang teman tak gemor langsung! come on la, kita nak mengadap Pencipta. bukan kawan-kawan. kalau boleh pasang badan time nk jumpe aweks atau boifren, apa salahnye pasang badan bila nk solat. lebih manis. lebih sejuuuuk mata memandang :)
1001 gelagat, 1001 kisah ...aku bersyukur ada peluang melalui semua tu.
Butter Prawn (original recipe)
Udang besar 8 ekor
telur kuning (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
susu cair 1 cawan
bawang merah (cincang) 1 sudu besar
bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
minyak masak 1 sudu besar + utk mengoreng
Langkah 1 (floss kuning telur)
Panas kan wok masukkan butter 3 sudu dan minyak 1 sudu besar (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam)
Masukkan telurn kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
Angkat dan tapis
Langkah 2
panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan
angkat dan tapis
Langkah 3
Panaskan butter 2 sudu besar, masukkan bawang cincang dan bawang putih cincang.
masukkan cili padi dan daun kari
perasakan dengan garam dan gula
tuangkan susu cair
goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan
Langkah 4
sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. WALA!
* for the best result use high preasure stove
this is an original recipe I learned from a chinese chef.
telur kuning (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
susu cair 1 cawan
bawang merah (cincang) 1 sudu besar
bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
minyak masak 1 sudu besar + utk mengoreng
Langkah 1 (floss kuning telur)
Panas kan wok masukkan butter 3 sudu dan minyak 1 sudu besar (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam)
Masukkan telurn kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
Angkat dan tapis
Langkah 2
panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan
angkat dan tapis
Langkah 3
Panaskan butter 2 sudu besar, masukkan bawang cincang dan bawang putih cincang.
masukkan cili padi dan daun kari
perasakan dengan garam dan gula
tuangkan susu cair
goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan
Langkah 4
sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. WALA!
* for the best result use high preasure stove
this is an original recipe I learned from a chinese chef.
friendship beyond technology
In my working world, I deal with lots of people, from different scope of working expertise and educational background. Of course when dealing with difficult customers and client I must use an advanced tact way of communicating. As I mention, difficult. But not impossible J
All along my four years of service, I have served more than thousand individuals. Be it from my own organization, or from the outside. It is an invaluable; money –can’t – buy experience. The laughter and tears, the good, the bad and the worst~
In my memory, there is always the first time of everything. But I don’t exactly remember when it was started. I have this one person that I frequently closed a deal with. He is an agent. A travel agent from a travel and tours company in KL. During my first year of service, I had to book flight tickets for the staff whom, pursuing studies abroad for the staff and their family, the booking was later on extended to the management team who wishes to fly abroad due to work instructions. And I used to arrange for flight warrant for booking of flight. I also was in charged for any business related flights that was so frequently done during 2007 and 2008. I know that was the golden era of my company signing MoUs with the other countries. Japan, India, sending people off to join so international competitions. Yeah, I had my time. So I really need one reliable agent who can hear me out and work with me. There, I think this is the starting point of me dealing with Mr. Lan.
Before I proceed, I’d like to ask a question. Is it possible to be a good friend with someone who you never meet and see personally? The one you can confide in. the one you can be yourself with without any setbacks. That what’s happen to us.
encouraging words for today
"Hope is only the love of life."
-----------------------------------------------
"This life gets bitterly cold. Sometimes you just need to cling to the person that you can claw your way out of the dark with."
-----------------------------------------------
"The size of your audience doesn't matter. What's important is that your audience is listening."
Wednesday, July 6, 2011
Larangan????
Seluruh Pelajar UiTM
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011
Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
“A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor
Naib Canselor
Catatan Bila 6
Bila mahu memperjuangkan sesuatu, sekurang-kurangnya ambil tahulah apa yang ingin dan akan diperjuangkan itu. bukan ikutan orang semata-mata~
Subscribe to:
Posts (Atom)

