Pages

Saturday, June 11, 2011

Batu Kurau Trip

Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan.
Hujung minggu lepas aku, Ecah dan Mama ke Batu Kurau, Perak untuk majlis persandingan Abg Hafiz, anak Mak Andak.
Kami bertolak Jumaat pagi. 6 jam perjalanan berganti-ganti jugak agak melelahkan. Inikan pula perjalanan yang lama jika memandu seorang diri. Aku respect Baba~

Kami bertolak pagi sebab tak nak bertembung dengan jam. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami ceria walaupun (aku) tak ada duit~
Perkara yang paling tak best ialah bila jalan2 keluar tapi pokai..Dem~

Kami singgah breakfast di satu tempat..tak hengat namanya, tapi makannya murah dan rasanya sedap!
Lepas tu duk cari masjid sebab gaduh nak berak. Biasalah tu, lepas makan mesti la kena buang makanan semalam..nyehehehe~

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Batu Kurau jam dua belas lebih. Memang sedap~ dan murah..aku tatau kenapa la aku suke bebeno makan J huhu

Puas hati, lepas dari makan, kami pun masuk ke Kampung Astaka, Batu Kurau Perak.
Jumpa Mak Andak. Orang lelaki tak ada sebab ke Masjid semuanya. Sangat selesa.
Kami ke bilik pengantin untuk melepaskan lelah. Dan tumpang solat. Jamak je..dan Qasar J Islam itu memudahkan ~

Kami jalan2 petang tu, cari makan dan lepak2 cari Kurau Stone. Tempat makan rupanya~ sayang masa tu dah nak Maghrib, tak sedap plak nak lepak lama. Kami pun balik dan tido J



Tuesday, June 7, 2011

Maghrib

sayup terdengar salakan anjing bersahut-sahut..
entah apa yang dibisingkan..
mungkin syaitan..

lelah

lelah berlari aku berjalan
lelah berjalan aku berhenti
lelah berdiri aku duduk
lelah duduk aku baring
lelah..lelah..lelah...

tarik nafas, turun naik
lelah
aku berhenti
tinggalkan semuanya~

Monday, June 6, 2011

Majlis Pertunangan Siti Aishah Mohd. Yusof part II

Hari Sabtu 4 Jun 2011. Pepagi lagi aku dah busy~
Kakak pengantin..(ceh..ceh la sangat!)
Mama bangkit jam 5 untuk goreng nasi, celur mee kuning, perangat kuah mee jawa, keluarkan agar2 buah.
DJ tolong potong bahan untuk pelengkap mee jawa. Aku pun bangun untuk tulun juga..
Potong tembikai, betik, n some other things~

Everything after that was a bit blurry~
Dengan baju tido aku hantar makanan yang mama siap masak pagi tu ke rumah nenek.
Dah ramai yang sampai.
Lepas dropped all that off, aku rush balik rumah dengan DJ untuk mandi dan bersiap2.

Sampai umah nenek, keluar balik untuk jemput Zul dan familynya.
Dalam jam 12tgh selesai J

Aku shoot ke Masjid Kajang untuk meet up dengan Nanem, Nana, Huda, Jijah, Adra, Ainul dan Zaimah~
Kami bertolak ke wedding Azuan Shah di Bangi, Dayah and Mior di Semenyih, lastly ke rumah Badrul Hisham di Taman Koperasi Cuepacs.

Memang penuh jadual aku.. petang baru balik~

Majlis Pertunangan Siti Aishah Mohd. Yusof

Last week agak penuh dan memenatkan tetapi puas dan gembira.

Jumaat aku bercuti untuk bantu Ecah dengan majlis pertunangannya.

Pagi kami ke Pasar Kajang untuk cari daun sirih. Katanya Mama dah ‘order’ dengan makcik yang jual ulam-ulam tu. Alangkah ralatnya kami rasa bila makcik tu kata dia tak order pun daripada pembekal daun tu. Ecah dah down sebab sirih tu untuk hantaran – sirih junjung yang Auntie Ani nak gubah. Mama dah pesan dalam 200 helai untuk digunakan. Ada request khas plak tu, mesti nak sirih Melayu. Sebab warnanya hijau dan mudah dibentuk. Malang sungguh kami terpaksa survey sirih dari kedai India  yang turut sama offer untuk jual. 100 keping RM6. Warnanya kekuningan (kata Auntie Ani, cepat pecah. Aku rasa aku boleh bayangkan rupa daun tu kalau pecah.. J)
Kami lalu semula depan gerai makcik sirih tu. Dia pun panggil, “Dik..dik, ni ada orang lain punya dia pesan 2 minggu lepas. Ada 100 lebih je. Ambil la..”

Ecah pun amik le. Hopefully cukup.
Dalam hati aku, “agaknye dengan semua orang yang deal dengan makcik ni dia cakap macam tu. Yang order kita dia pi bagi kat orang lain. Order orang lain dia bagi kat kita. Apadaa~ kalah auntie kat gerai India tu~”

Then kami ke Office Ecah untuk jemput kek cawan yang officemate dia buatkan untuk majlis ni. Ecah order daripada officemate dia.

Bila dia turun dari office sambil bawak cupcakes tu, aku tengok muka dia sedih lagi. Awat plak ni?
Dia tunjuk kotak cupcakes tu. Laaa, kesian..buruk benor ghopenye cupcakes untuk majlis tunang dia. Isk isk isk kesian~

So aku suggest untuk cari barang2 kat kedai kek untuk ‘modified’ supaya nampak elok skek.. kami singgah Best Mark Trading untuk mencari bekas baru.

Kami pun bertolak balik rumah J sambil memikir mana nak cekau sirih.. Ecah tetiba kata depan rumah Pakcik Si Dol ada pokok sirih menjalar riang. So kami patut kesana untuk memetik dalam setangkai dua (kami petik 50 tangkai..hehe). kami minta izin ok~fuh~

Balik rumah dan prepare untuk kemas2rumah Nenek di Taman Mesra (tempat kejadian majlis tunang ini)

Pinjam


Aku tak suka meminjam. Tapi lepas berbincang dan berdebat dengan kawan2 yang aku percayai, rasanya aku perlu meminjam.
Kepada diluar sana, jangan ikut jejak langkah aku k..

Thursday, June 2, 2011

Half Day~

hari ini aku mempunyai plan yang telah lama tertangguh..
appointment yang dah lama aku delay~
well, i have to take half day for it..
doakan aku!!

Wednesday, June 1, 2011

Fly Love



silalah layan lagu ini~
aku dah tgok filem ni 5 kali :D
biasa2 je..tp burung tu comel..ha~

wasn't really thinking,
wasn't looking,
wasn't really searching for an answer
in the moonlight

miaw~

pagi tadi Baba buka pintu.
kucing masuk rumah..miaw~ miaw~


Baba: (halau kucing) aip!! tak boleh masuk..

Kucing: miaw~ miaw~miaaaaawww~

Baba: (ckp kat kucing) apa miaw-miaw?? keluar! 

pepagi camni, jiran kami lalu depan rumah nak pegi kerja.
jiran kami ni kami panggil dia Bapak Siti. sebab anak dia namanya Siti..


Bapak Siti : wah, comelnya kucing tu~


Baba: hah? comel..tapi taik busuk.


Bapak Siti: apa nama kucing ni?


Baba: nama dia Miaw..


Bapak Siti: Miaw?! (blur~)


aku ngan Mama tergelak dengar Baba kenakan Bapak Siti..hehe~


*miaw tu bunyi dia..bukan nama..hadui~*

(-,-) fuu~

cantik vs. seksi

Cantik..satu kata sifat yang sedap di dengar.

Kita suka bila orang puji kita cantik. Dan kita rasa gembira bila tahu orang menghargai kecantikan yang dianugerahkan Pencipta kepada kita.
Tapi tak ramai yang sedar cantik itu bukan sekadar luaran. Ia holistic. Kadang rupa seseorang itu buruk. Tapi hatinya baik, bicaranya lembut, pekertinya indah, santun sekali. Itulah yang menjadikan seseorang itu cantik.

Bak kata orang putih, beautiful from inside out~ Cantik dari dalam akan menyerlahkan lagi cantik luar seseorang itu..aku sangat bersetuju dengan ini. Asal saja kita jaga diri sendiri, tutur perlakuan.

Sama juga dengan kata sifat ‘seksi’.

Ada yang kata seksi itu maknanya perlulah terdedah sana sini.
Tunjuk apa yang tak perlu tunjuk. Itu seksi.
Cucuk apa yang kendur. Supaya lebih menonjol. Itu seksi.
Jalan dengan gaya mengiurkan. Itu seksi.
Berkelakuan menjolok mata. Itu seksi.
*Snort*
(selingan: kalau tanya K.Ekin, apa pengertian ‘seksi’ pada dia..Jawab: “Seksi? Hmm, CT Raf”)

Ada orang tak perlu buat perkara susah-susah seperti di atas atau menjadi seperti Britney Spears ke... Just by being onself sudah boleh terasa seksi dimata orang yang memandang.


Macam mana caranya, mungkin perlu digali lagi ~

sebab aku pun masih tak rasa diri ini begitu seksi..kecuali ketika berkemban..(opps~)

Sebelum diri ini merapik dengan lebih gemilang, baik aku letakkan titik pada post ini J

 Titik.