Pages

Friday, February 25, 2011

tewas

aku tewas .
dengan nafsu amarah.
aku tewas lagi.
bila ada manusia yang egois dan celupar.
yang paling aku  tewas.
dia bukan orang lain.

Wednesday, February 23, 2011

aku pening la~

hari ini 23 Feb 2011.
ok, i was appointed as a class rep (more like i'm volunteering myself) -GIGIH!
untuk kelas ADM 570. lecturer kami namanya Encik BME.

napa la dia ni mcm lepas tangan ek?
aku pening kena aturkan slot untuk kelas ganti. ni patutnya dia yg amik pedulik..
huh, aku risaukan markah aku final nanti..

*bila ada campur tangan daripada Puan A, alamatnya ada kemungkinan nama aku telah 'hitam' pada pandangan org..

hua~~~

habuk

Dalam kecelaruan,
aku matikan semua deria yang ada,
dalam kekecohan,
aku mendiamkan diri,
aku bosan,
dengan mereka yang lagaknya bijak,
tapi kepala kosong penuh habuk.

sfzy @ nowhere
6.00

tulislah

tulislah
walau hatimu
sakit,
tulislah
walau jiwamu
tak sudi,
luahkan
walau
keadaanmu
tak mengizinkan
dan senyumlah
walau
hatimu
tak ingin.

sfzy @ meeting bajet
23/2/2011
5.00

sweet tooth person

hu, just came back from Langkawi. and guess what? i bought an RM 120.00 worth of CHOCOLATES!!!!
well, what to do? i love Chocolates and i love  sweet things..


hmm, that explains me fat :)


*mama ngan baba marah...
huhu~
23.02.2011 at the morning 7.15am before goin to work.


ni gambar masa di Langkawi Geopark~
me with the Belangkas :p geli!!!!



Tuesday, February 22, 2011

jujur, aku juga mau~

ASM,

ini status FB aku semalam petang..
apa yg aku maksudkan dengan status ini?
i stumbled upon a friend's blog post.
bila baca post terkini blog dia, aku rasa lost yang amat sangat.
tiada nama akan disebutkan disini.
dia bahagia sekarang dengan keluarga kecilnya. alhamdulillah~
aku tumpang gembira. jujur, aku gembira.
dalam masa yang sama juga aku rasa kehilangan. kehilangan sesuatu yang belum lagi aku miliki..
apakah? keluarga aku sendiri.

tanya sama hati, apa yang aku rasa sekarang?
aku rasa diri ini telah diperlakukan dengan tidak adil.
kenapa? kenapa? kenapa?
itu saja soalan yang kerapkali singgah dalam kepala.
teringat kembali, TUHAN menguji hambaNYA dengan ujian tanda kasih sayangNYA.
kemudian aku yakin, dalam bukuNYA, aku masih belum layak untuk punyai keluarga sendiri.
jadi masa ini akan aku peruntukkan untuk memperbaiki diri.
jika tidak , selamanya aku adalah tidak sempurna. serba kekurangan. dan tidak layak berkasihan.

oh hati, sabarlah.
oh fikiran, tenanglah.
oh akal, fikirkan sebijaknya.
jika jodohmu sudah tersurat,
kau temui jua.

~:speak now:~

I am not the kind of girl 
Who should be rudely barging in 
On a white veil occasion 
But you are not the kind of boy 
Who should be marrying the wrong girl 

I sneak in and see your friends 
And her snotty little family 
All dressed in pastel 

And she is yelling at a bridesmaid 
Somewhere back inside a room 
Wearing a gown shaped like a pastry 

This is surely not 
What you thought it would be 
I lose myself in a daydream 
Where I stand and say: 

Don't say yes, run away now 
I'll meet you when you're out 
Of the church at the back door 

Don't wait or say a single vow 
You need to hear me out 
And they said "speak now" 

Fun gestures are exchanged 
And the organ starts to play 
A song that sounds like a death march 

And I am hiding in the curtains 
It seems that I was uninvited 
By your lovely bride-to-be 

She floats down the aisle 
Like a pageant queen 
But I know you wish it was me 
You wish it was me (Don't cha?) 

Don't say yes, run away now 
I'll meet you when you're out 
Of the church at the back door 

Don't wait or say a single vow 
You need to hear me out 
And they said "speak now" 

Oh Oh Oh! ( said speak now.... ) 

I hear the preacher say 
"Speak now or forever hold your peace 
There's the silence, there's my last chance 
I stand up with shaking hands, all eyes on me 

Horrified looks from 
Everyone in the room 
But I'm only looking at you. 

I am not the kind of girl 
who should be rudely barging in 
on a white veil occasion 
But you are NOT the kind of boy 
Who should be marrying the wrong girl

So don't say yes, run away now 
I'll meet you when you're out 
Of the church at the back door 

Don't wait or say a single vow 
You need to hear me out 
And they said, "speak now" 

And you Say 
Let's run away now 
I'll meet you when 
I'm out of my tux at the back door 

Baby, I didn't say my vows 
So glad you were around when they said 
"Speak now"

Monday, February 21, 2011

kelas kelas kelas

Last Saturday and Sunday memang mencabar sesangat..
Sabtu, Dr. Maniam buat kelas ganti 5 jam.. tapi berbaloi gak aku datang UiTM SA untuk study..kelas penuh, Alhamdulillah~

kami cover EMPAT Chapters ok..Poverty, Unemployment, Inflation dan International Trade. by 6.30 ap semua dah resah gelisah..langit kat luar dah gelap.. did i mention kelas ganti kami start jam 2 petang dan habis jam 7 malam? :) hahaha~

pas habis kelas aku singgah On The Run (lokasi favourite Geng Cantik) bedal Nasik Ayam dan masuk UiTM balik untuk solat Maghrib. jam 7.55 baru aku gerak balik rumah..hua~ penat ye..lepas study 5 jam da pastu balik , drive..mencabar2...sebab aku silau...

syukur, selamat sampai. tapi rumah kosong sebab Mama, Baba dan Ecah ke Jenderam untuk Maulid Kubro. ralatnya aku tak dapat attend :( dah siap mandi n bersihkan diri, solat Isya' aku terus masuk tido..

Esok pagi, aku drive lagi ke UiTM SA untuk discussion SM dengan Kak Sas, Abg Jae dan K.
petang ada test PRO. blasah je ..

balik jam 3.15 sebab habis jawab paper tu awal..puan Rozana pun mcm tak ada mood ;p hehe

yabedabedu~

quotes to share

A gem is not polished without rubbing, nor a man perfected without trials.

Friday, February 18, 2011

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..