When you complain about your life, there are people out there struggling to be “you”.
Also, while you complain about the little wrongs of your food, there are people out there starving for a scrap of food.
Therefore, find happiness in who you are, appreciate what you have and try to bring happiness to at least one person who is struggling in life and give them a helping hand at your potential.
Dalam
hidup kita ni, sebenarnya ramai yang tahu erti syukur ~,~
Bila
bangun pagi ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi nyawa satu hari lagi.
Bila bersin, ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi rasa nikmat bersin. Tu tanda kita “mati” sekejap (jantung terhenti seketika)
Bila mandi dan bersiap-siap nak pergi kerja ucap Alhamdulillah
sebab Allah bagi kita anggota badan lengkap dan sempurna. Hidung senget sikit,
tangan besar sebelah, mata kecik sebelah tu kira lain. Berbanding dengan orang
yang tak ada mata atau yang tidak sempurna anggota.
Bila masa keluar rumah untuk
bertolak ke tempat kerja
, ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi
peluang untuk mencari rezeki halal untuk Mama dan Baba dan Adik2. Baca Ayat
Kursiy dan Selawat Tafrijiyyah sepanjang on the way ketempat kerja~
Bila sampai ke tempat kerja, ucap Alhamdulillah sebab
Allah bagi perjalanan yang lancar dan bebas kemalangan.
Bila mulakan tugas, ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi
kepintaran untuk berfikir dan berusaha untuk mengatur rancangan dan
menyelesaikan masalah.
Bila nak makan ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi rezeki
dan kemampuan untuk membeli, mengunyah makanan dan hadam dlm perut. Menjadi tenaga
pada sepanjang hari dek kerana keberkatan tersebut.
Bila berhadapan dengan rakan kerja yang “sukar” ucap Alhamdulillah
sebab Allah tunjuk ada bermacam jenis perangai dan sikap manusia dalam dunia
ni.
Bila habis kerja, ucap Alhamdulillah sebab Allah menemukan
kita dengan hujung hari tu, selesai kerja kita untuk hari tersebut.
Bila pulang kerumah ucap Alhamdulillah sebab Allah bagi
peluang untuk sekali
lagi
bersua muka dengan Mama dan Baba dan Adik2, solat
jemaah bersama dan makan bersama. Bersalaman dan menngucup tangan, pipi dan
dahi kedua orang tua selepas selesai bersolat.
Bila difikir semula, ada banyak sebab kenapa kita perlu ucap
Alhamdulillah kepada ALLAH sebab DIA bagi 1001 peluang untuk kita memperbaiki
diri, setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap ketika.
Untuk itu, ALHAMDULILLAH!!!!