Pages

Monday, May 28, 2012

CHINA TRIP (25 - 30 MAY 2012)


JURNAL DAY 3: MASUK ISTANA RAJA!


DAY: 1 | 2 |

Pagi ini kami tak subuh Gajah lagi J ramai betul yang caring dan call bilik untuk kejutkan Subuh. Baba, Mama dan Cikgu Rose… kami bangun solat jam 4.30 pagi then kami tidur la balik J hehehe..LETIH LA WOI!!!

Jam 6.00 pagi, Mama dan Baba call lagi. Kali ni ajak makan pagi pula. Kalau lambat, kami terpaksa la berebut dengan tourists cina yang baru sampai semalam petang. Badan masih letih yang amat sangat~ Aminah was being creative. Lepas subuh dia pi bedal Maggi Kari sebungkus kat bilik ni. yg bestnya, bilik ni tak ad amangkuk. Tak ada sudu garfu. Jeng… jeng… jeng~ tau tak kami guna apa untuk rendam Maggi dan makan??? Punya la kreatif dan bersemangat juang untuk hidup (sambil memakan megi tu) Aminah patahkan maggi tu separuh, rendam dalam gelas yang ada dalam bilik. Pastu makan dengan batang berus Gigi sebagai ‘chop-stick’… hahhaa~

Aku ke dining hall agak lewat dari semalam. Saing aku ada satu kumpulan tourists ni, gelojohnya seperti babee. Honestly, berebut2 walaupun di kawasan muslim food. Entahlah~

Lepas breakfast, aku langsung balik semula ke bilik untuk letak badan. Terasa malasnya. Amin pun sedap layan mata. Sedar-sedar sudah jam 8 pagi!!! OMG, bas bertolak jam 8 okeh! Apa lagi, kami berdua pun kelam kabut siap-siap dan berlari turun tangga. Huhu, memang sah Kamilah orang yang paling lambat tu L hua~ malu betul sebab dah menyusahkan orang.

Sunday, May 27, 2012

CHINA TRIP (25 - 30 MAY 2012)


JURNAL DAY 2: LET’S LEARN!


DAY : 1 |

Di Beijing, waktu subuhnya jam 4.20 pagi. Honestly speaking, Aku dan amin bersubuh Gajah pada hari pertama L hukhukhuk… kami hanya tersedar dr tidur bila dengan pintu bilik hotel diketuk. Mama dan Baba dah terpacul depan pintu, dah siap cantik2 dah! lengkap dengan beg nk keluar jalan2.. Ya ALLAH!! Jam 6.00 pagi baru terjaga. Penat sangat barangkali. Ralat betul sebab tak tahu guna call inter room. Kalau kat Malaysia tekan ‘0’ dan no bilik..kat China nk tekan apa ya?? So Baba gi tanya receptionist di bawah untuk buat call dari bilik ke bilik. Kena dail angka 8 dulu rupanya, followed by room no. so esok harapnya tak bergajah lagi lah..huhuhu

Breakfast kami nasi goreng cina, telur rebus, kicap soya masin, roti bakar, jem, butter, gula, buah, coffee, timun dan salad.ok laa~ aku ambil roti lebih untuk dibuat bekal dlm perjalanan nanti. Almaklumlah, cepat beno lapanye~

1st destination, Summer Palace. Kami naik River Cruise di tasik buatan manusia ni. tak larat berjalan katanya~ So sebagai anak yg solehah, aku ikutkan saja :p kami kena bayar 30 Yuan untuk naik cruise ni.. 45 minit camtu la… suhu kat tempat ni dingin dan nyaman~
Sejarah tempat ni sikit : The Qianlong Emperor of the Qing Dynasty (1644–1911), who commissioned work on the imperial gardens on the hill in 1749, gave Longevity Hill its present-day name in 1752, in celebration of his mother's 60th birthday.
Ada tasik buatan manusia seluas 200 hectar! Memang kagum. Ramai betul pelancong yg datang ke sini untuk cruising on the lake dan walking around the lake :P after that kami dibawa ke Pearl Center. Ada demo untuk tunjukkan bagaimana mereka memperolehi muatiara dari kerang yang dibiakkandi air tawar. Bentuknya saja sudah berbeza banyak. Bentuknya 3 segi berbanding kerang yang hidup di air masin. Guess what, mutiara dalam kerang air tawar ni ada 35 biji semuanya.kecil saja saiznya. Gunanya banyak juga, sebagai krim kecantikkan, barangan perhiasan, baju dan barang kemas. Aminah dapat cincin kat sini sebab dia teka isi kerang tu hamper tepat J

Kami singgah solat di Masjid yang tertua di Beijing. Tak pasti apa namanya. Tapi masjid tu ada penjaganya dan agak bersih. 1st time cebok kencing dengan air batu!! GRRRR!!!! Bejuk beku kat bawah sana~ambil wudhuk juga dengan air batu. Mereka tiada paip yg bekalkan air panas~ huhuhu~ umpamanya, air yang baru keluar dari peti sejuk bahagian freezer, dibuat ambil wudhuk! Apa rasanya ya? Hehe..aku dah rasa~

Then kami ke kedai teh cina. Dr. Tea nama kedai tu~ di sini, kami diberi penjelasan tentang kebaikan dan cara-cara untuk minum teh yg betul. Cara untuk menikmati teh cara Cina. Kebaikan teh dan jenis-jenis teh yang boleh digunakan dalam perawatan dan kesegaran badan~
Kami dilayani oleh Miss Melati (Chinese Lady yg kecik molek dan cute~) she spoke a good English. Which is rare for a Chinese to be good in English :p

Ada lebih 5 jenis teh yang kami rasa J kelakar juga cara minum teh org CIna ni… ada Ginseng Tea, Ginseng Oolong Tea, Oolong Tea, Jasmine Tea, White Tea, Black Tea, Fruit Tea dan Puer Tea.
Ramai yang membeli disini.. termasuk Makcin Idah, wife Pakcik Kasbun~

Seterusnya kami ke Silk Factory. Di sini kami ditunjukkan cara-cara mereka memproses ulat sutera dari kepompongnya sehingga menjadi kain! Seterusnya boleh juga dibuat alas tidur dan toto! Tahinya juga boleh dibuat bantak tidur!!! OMG~ pengsan~ kemudian, kami dibawa naik ke tingkat atas iaitu tempat shoppingnya~ hehe~ ramai lak yg terpedaya kat sini… nasiblah aku tiada minat dalam hal ni, so hajatnya nak tunggu hari akhir barulah nak habiskan duit. Tapi kat luar factory sutera ni aku dah ‘ter’beli 5 beg yg comel. Boleh isi telekung atau bawa pi mengaji.10 Yuan satu beg. Ok kut~ hehe

Hari ni aku belajar sikit-sikit perkataan cina dengan Cikgu Rose. Aku pun berkenalan dengan Linda, Huda, Lia dan Gee. Makan tengaharai sangat best! Tak macam masa arrival day~ syukur sangat J

Next , kami ke Stadium Sarang Burung Beijing!! Ramainya orang disini. Tapi cuaca amat dingin dan nyaman juga… musim bunga akan tamat pada penghujung Mei nanti. Kami ambil gambar disini. Waktu tiada occasion sukan, stadium ini tak dibuka kepada umum. Khas untuk atlet sahaja.
Baba beli ubi keledek bakar. Rasanya sedap. Sangat-sangat-sangat sedap!!! J
Seterusnya kami ke Acrobatic Show di Puppet Castle. Best sangat performance mereka. Menceritakan tentang asal usul kungfu, do u know that kungfu berasal from pergerakan binatang2 di sekeliling kita?? Hmm..bagaimana kugfu telah berevolusi sehingga ke Zaman sekarang. I enjoyed every moment of it! Tamat je show kami keluar. Rasanya aku macam ternampak Me-G dan Elly kat pintu masuk. Tp mungkin salah orang. Kebarangkalian untuk jumpa di tempat asing macam ni adalah satu dalam sejuta! :P so aku tak berhenti dan tegur. Kami kena kejar bas, bas tak boleh berhenti lama kat depan tu.

Kami ke tempat dinner after that. Makan malam hari ni pun okey! Aku ke toilet dengan Aminah… jumpa jenama production tu. Guess what the name?? Huida!! Hahahaha~~~

Saturday, May 26, 2012

CHINA TRIP (25 - 30 MAY 2012)


JURNAL DAY 1: ARRIVAL
Bismillah~
Bertolak dari rumah jam 4.30 pagi. Sewa teksi Uncle Sha’ban. Sampai di LCCT jam 5.30 pagi. Kami lalu ikut Jalan Jenderam. Kena caj RM 85.35. tunggu depan Marrybrown, masuk dalam sikit cari surau. Dekan sikit dengan toilet… departure time jam 8.30 pagi. Lama lagi mau tunggu da~

Lepas azan subuh, kami disertai oleh Pakcik Kasbun dan Anak (Fatin) dan Isterinya (Makcik Idah). Ada juga jiran dia, Elly ngan emaknya… maksu dan Paksu pun joined shortly after. Selesai semua urusan, kami pun bergerak ke dalam untuk check-in boarding pass untuk tunggu di terminal berlepas. Ini first time naik Air Asia X dan first time naik dari LCCT. Sebelum ni naik Fireflyz ke Kuching dari KLIA dan flight KLM ke Jakarta dari KLIA juga. Mama dan baba dah biasa kesini. Maklumkah, org biasa berjalan :p aku je jakun skit..hehehe.. after comparing, I liked KLIA best J

Di dalam ni, kami perlu timbang baggage masing-masing.ada saiz yg Air Asia X tetapkan untuk tiap orang penumpang. Ianya mestilah tak melebihi 7 kg J I was the first in line, followed by Baba, Mama and Aminah.alhamdulillah, baggage aku cukup-cukup 7 kilo :p malangnya beg mama lebih berat! Sampai 11 kilo ok! Beg Aminah tak berat, 5 kilo je. So beg Aminah telah menjadi mangsa ..huhuhu~ sungguh spoil mood itu pagi..

After series of transferring things into Aminah’s bag, kami semua gerak pi terminal. Berlepas ikut gate T16. Gate no 16 le tuh..gate last rasanya. Kami paling hujung…. Ramai yg follow trip ni rupanya. Tak kusangka :P… well, ini merupakan pengalaman pertama Aminah menaiki kapal terbang. So kami bagi chance dia duduk tepi tingkap. Hehe, excited giler! J
After takeoff, both of us decided that we loved takeoff time best J flight almost 6 hours. To be exact, 5 hrs and 40 mins. Landing lebih kurang jam 3 petang.

Of course 1st stop di toilet dulu… wallawei~ 1st time gi toilet kat China. Memang tak ada getah paip! Huhu… luckily kami dimaklumkan lebih awal untuk menyediakan botol kosong yg boleh diguna untuk tujuan basuh kencing dan berak..hua~

Alhamdulillah, kami berjaya mengharungi situasi di toilet. Solat Zohor dan Asar di lobi airport, barulah kami keluar ke Terminal Ketibaan J

Kami melepasi Kastam dan Imigresen. Tourist guide kami namanya Andy. Beliau sangat fasih berbahasa Indonesia.rupanya Andy memang majoring in Indonesian Language for 4 years in one of the University in Beijing, China. Pernah juga belajar di Sunda.

Hmm, kami landing di Tianjin. Perjalanan ke hotel di Beijing memakan masa lebih kurang 2 jam. Dan sepanjang perjalanan kami ke restoran dan hotel, kami diterangkan dengan Sejarah Maharaja di China bermula dari Zaman pemerintahan Maharaj Genghis Khan. Memang expectation kami sangat tinggi! Overall, 1st day arrival, aku dah jatuh hati dengan trip ni J

Thursday, May 24, 2012

kita tahu bila...


Bismillah~


Kita tahu kita gembira bila kita ketawa

kita tahu kita lapar bila kita mula cari mknn :p


kita tahu kita sedih bila kita menangis


kita tahu kita sunyi bila kita mula  capai telefon dan surf internet


kita tahu kita rindu bila kita selalu tercari-cari kelibat seseorang tu

:)

Adik jalan2 dalam kereta








*setiap yg hidup pasti mati.
Rest in Peace sayang..tunggu Along k .. Adik cari la Kenit kawan2 ngan dia....*

Friday, May 18, 2012

Najla dan Zat Asyraff 17 Mei 2012

Bismillah~

my best friend wedding :)

Azrah, Me, McDah and Kak Nana

Me n Kak Nana

Zat mengambil tempat

Izyan, Najla n Ieta juga mengambil tempat

cute pose before bertukar jadi Mrs.


mas kahwin


batal wudhuk







the proud frenz~


kenapa dgn aku ni...

Bismillah~

Ada sikit nak mengadu..(bukan mengada ye...)
umur 28 ni dah nak masuk pertengahan tahun dah..
adakah bila umur semakin bertambah, sistem dalam badan pun mula bertindakbalas..??

entah kenapa, badan aku mcm cuba untuk 'menyampaikan' dan 'memberitahu' sesuatu kepada aku.
2-3 minggu ni aku mengalami satu craving yang agak pelik.. bila difikir2, sekarang bukan high time untuk monthly period. biasanya perangai pelik aku datang bila nak datang bulan..

2-3 minggu ni terasa macam nk kahwin sangat-sangat.

hmm, pelik tak? pelik tak?
pernah gak nangis bila rasa teringin tu dtg..tetibe sebak, tetiba sedih.
entahlah. memanglah perasaan tu fitrah. aku pun bukan sekali dua pujuk hati supaya sabar, tabah dan redha dengan ketentuan DIA. dah kerap. 2-3 minggu ni lagi kerap...

semalam plak, tetiba teringin nak baby sendiri. hu..
apakah petanda ini? ALLAH bantulah hambaMU menghadapi ujian ini...

jgn Kau uji hambaMU dengan ujian yg tak mampu aku hadapi..
kepadaMU jua ku berserah..

Saturday, May 12, 2012

Back To Nature V: Kuala Kenong Rimba Park

Jurnal hari 2: 


Pagi gegirl bangun jam 6.30pg. Aku terus mandi,yayak dan solat subuh kat surau.nampaknya majoriti boboy juga jaga timing solat masing2. Alhamdulillah.


Lepas breakfast, kami berkumpul ramai2 untuk xtvt caving. Aktiviti ni semua join. Jam 9 pagi kami bkumpul untuk streching. Diketuai oleh Dous. Guide kami pagi ini Khayyam lagi.me follow~ 


Gua pertama adalah Gua Buta. Ada 4 portion dlm gua tu. Entrance,Twilight,Dark Zone n Exit. If kami ke atas kami akan terus ke puncak. So memandangkan stamina dah tinggal nyawa2 ikan, kami pun request untuk keluar. Setelah melalui pjalanan yg penuh dgn liku2..kami pun selamat sampai ke bawah. Rest sekejap dalam 20 minit,kumpulan yg naik ke puncak pun sampai. 


Then kami teruskan pulak ke Gua Hijau. Kitorang bjalan dlm 15 minit je. Kat sini ada kelawar yg mkn buah. Tahi dia busuk.. Semacam je bau dia. Sebelah tu ada sungai yg sgt cantik :) ada jambatan yang sambung antara hutan dan gua. masuk je dalam, masyaALLAH! it was so beautiful :') the cave was called Green sebab memang dinding gua tu hijau warnanya. kata guide sebab alga yg tumbuh dlm gua tu. bising sangat kelawar yg ada dlm tu. kami tak boleh bercakap dengan suara yg tinggi. kelawar ada sistem sonar. so kita taknak kacau dia dan kita taknak dia kacau kita :)


Kami tgok orang memancing dalam 30 minit, ada plak yang  tak tahan tgok sungai, terus masuk berenang pun ada. memang rileks sangat :) lupa langsung dengan hal luar...


En. Azam (Caretaker Kenong Rimba Park) ada maklumkan, Forest is for Rest. memang la sangat betul.
aku tak pernah minat masuk hutan. tak pernah minat nak jadi adventurous bagai.. tapi entah kenapa kali ini rasa terpanggil untuk join program Back to Nature V yg Kelab Kilat buat. alhamdulillah aku tak ketinggalan dalam pengalaman best ni...


after that, kami rest, makan and berkumpul semula dalam jam 3 ptg. kami lepak lebih kurang 2-3 jam sebelum masuk sungai for River Trekking. 2 jam jugak kami berendam dlm air.. Seronok plus penat sebb beberapa kali tenggelam dlm air.mmg pglmn kolam renang n sungai sgt berbeza. masa perjalanan balik ke tempat turun sungai, kami bawa balik kayu balak. aku biasa tgok org kampung main ni dlm TV. tak sangka ada peluang main balak dalam air juga masa trip ni.


malam tu dinner. kami dimaklumkan (kemudian) BBQ tu adalah daging kijang. ada ikan, ada ayam juga. kuah asam best! kuah BBQ tak sedap sgt..masin :P kami bertambah mkn lauk je..nasi goreng tak berapa nk laku :) memang licin semuanya...


malam ada sesi perkongsian pengalaman.. dengan caretaker, En. Azam...sesi habis jam 1.00pg.. macam2 ada... :)















Friday, May 11, 2012

Back To Nature V: Kuala Kenong Rimba Park

Jurnal hari 1: 


Bkumpul jam 7 @ UNITEN. Aku lambat. So sampai jam 7.30 di Cafe Imrish! Tak sempat breakfast :p perut angin. Xselesa langsung nak berjalan jauh. ohh, macam mana ni :'(


Hentian pertama kami berhenti di Gombak. Aku bedal roti canai kosong ngan Ribena. Syukur perut x buat hal~ 


kami bertukar 'uniform' starting at this point of time :)
naik bas dan ada org bagi pill untuk malaria. Yelah, mencegah lebih baik dari mengubati.


After series of bangun dan tido,tido dan bangun kami pun sampai.  perjalanan makan masa lebih kurang 3-4 jam. kami sampai di Kg. Batu 9 K. Lipis Pahang. jalan tanah merah, cuaca panas berdebu dan betul2 tepi gaung. aku tak expect apa2, just harap dapat tempuhi misi masuk hutan dengan jayanya.






Tourist guide kami namanya Mohd Khayyam dan Badrul Huda. Hiking 5 km plus dlm masa 2 jam lebih. Aku agak berdebar.. maklumlah first timer! dalam pada elak-elak tanah yang lembik, masuk juga kaki dalam selut, nasib lah...mujur pakai kasut getah yg Baba bagi. memang bagus! senang basuh, senang kering, ringan lak tuh.


dalam pada berstoking tinggi dan berbygon spray semua, kaki kena juga naik pacat. eyuwwww....masa awal2 memang geli tgok pacat menguit2 nk cari peluang naik kaki/baju/seluar.. dah sampai satu tahap (keletihan yg teramat sangat) aku dah tak heran, ko nak naik gigit pun lantak ko la cik pacat..mak dah letih! malas nak layan...

Shuk tunjuk darah kat kasut :) hehe


Fu, ni semua pengalaman baru untuk aku... bleh cerita kat anak cucu (nanti bila sampai masanya)


Sesampainya,kami terus mkn.pastu rehat2..susun brg kat tmpat tido.gi mandi. Then malam ada Night Walk.aku tak pegi.melepak ngan Natrah,Ina and Kak Bett. Kami buat unggun api,masak megi. Buat Milo. Huk aloh. Sedaaaaap sgt. Tetiba ramai lak yg join sekali. Mlm tido ngan 'keras' sekali. Sakit badan gue. Huhuk...nasib le, sapa suh nak masuk hutan :) Zzzzzzzz


***sambung esok**

Friday, May 4, 2012

4 musibah orang yang tidak mahu membayar hutang

^ mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya

^ hilang keredhaan Allah

^ tergolong dalam orang-orang yang zalim

^ amalan kebajikan tidak diberkati
(Allah akna tolak hutangnya di akhirat kelah dengan pahala kebajikannya.- macam mana kalau tak ada pahala kebajikan???)

Thursday, May 3, 2012

swim II : Tips!


Tips

  • Most public pools offer swimming lessons for all ages.
  • Keep someone around until you feel extremely comfortable swimming.
  • If you are nervous getting into the water, try putting your feet in first and slowly make your way in.
  • Use a kick board, life jacket or arm floats to help stay afloat if you feel nervous about moving around the water.
  • Having goggles, nose and/or ear plugs may make you more comfortable.
  • Remember you can always put your feet down if you begin to panic.
  • Have lots of energy and stay positive, learning to swim can be difficult!
  1. Steps

    1. 1
      Find a place with still water where you are comfortable such as a public pool or lake. Make sure the water is not too deep, around armpit level will be adequate.

    2. 2
      Get into the water, placing your face in the water to blow bubbles until comfortable.
      • When ready, hold onto the side of the pool or a person and allow your legs to float out behind you. This will be easier if your face is also in the water, but make sure you can still breath properly.
      • Practice breathing by rolling your head to one side while the hand is up. This allows you the second you need to grab air and then roll your face back into the water. Lifting your head up may cause you to stop floating.
      • Start kicking your feet without bending your knees. Make sure that your toes are pointing, like a ballerina. This allows you to see how swimming will feel while still having the safety of something to grab onto.
    3. 3
      Facing the open water, use your arms and hands to propel yourself forward. Cupping your hands may be helpful.
      • If you point your hand downward when it goes into the water, you should notice you will pick up speed.
      • Use whatever stroke feels comfortable to you and keeps you moving in the water.
    4. 4
      Allow your feet to float backward and begin kicking as you did while holding onto the wall. You should be fully floating now while moving forward.
      • Think about elongating your body. You want to be long in the water, stretching your arms in front of you.
    5. 5
      Flip onto your back if you get tired, letting your arms float to your sides like a 'T'. Let your feet float in front of you and Relax.
      • If your legs sink while on your back, put your arms over your head like you are reaching for something. This will make your legs float.
    6. 6
      Continue practicing until you have mastered this swimming technique. When ready, try more advanced swimming patterns like the butterfly or breaststroke to find your favorite.

Family Musa