Tips Dr Fadhilah
Kamsah, kepada semua ibu-bapa, bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai
anak.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. ” Berguraulah dengan anak
kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau
hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… .
itu salah…
“Jika
dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur
mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu
bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting
anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk
penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah,
berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah.
Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin
ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita
boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik
dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,
pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa
kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA
ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua,
pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana
pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah
diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil,
Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun
kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan
anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa
kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada
anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan
ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh .
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan
menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan! belajar menghargai orang lain).
12.
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
15.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa ya! ng sama
akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16.
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak -anak akan belajar
bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.
Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu
hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah
kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula
kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan
dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi
jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram
atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap
hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar,
selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan
kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula
hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni
dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk
perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa
sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan
perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan
mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua."
USAH
DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti
dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil
hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa
tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu
kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat
tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama
seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak
lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat
bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia
sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya
anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas
ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan
mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi
Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke
rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak
kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil
hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar
alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun
menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya,
bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya
melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah
anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Bukan saya nak bawa kisah ini
untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.... sekian wallahua'lam....
sehingga berjumpa lagi.