cukuplah bagiku
pengetahuan Tuhanku,
daripada
permintaan dan usahaku,
doa serta
permohonanku,
sebagai bukti
kefakiranku...
Oleh kerana rasa
itu aku berdoa,
pada saat aku
senang dan susah,
Aku adalah hamba,
menjadi kebangganku,
dalam kefakiran
dan keperluanku...
Wahai Tuhanku yang
memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan
keadaanku,
dan apa yang
berada dalam hatiku,
dari kesedihan dan
kesibukanku...
Maka tolonglah aku
dengan kelembutan,
dari Mu wahai
Tuhan seluruh hamba,
wahai Tuhan yang
maha Pemurah tolonglah hamba,
sebelum lenyap
kesabaran hamba...
wahai Pemberi
pertolongan dengan segera,
berilah kami
dengan segera pertolonganMu,
yang dapat
menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
dengan apa-apa
yang kami harapkan semua...
Wahai yang Maha
dekat, dan menjawab,
wahai yang Maha
Mengetahui dan Mendengar,
aku mengaku akan
kelemahanku,
dan ketaatan serta
kesedihanku...
aku sentiasa
menunggu di hadapan pintu rahmatMu,
wahai Tuhanku
berikanlah rahmat padaku,
pada lembah
kuurniaMu aku berada,
wahai Tuhanku
tetapkanlah keberadaanku di sana...
aku sentiasa
mempunyai prasangka baik,
ia adalah teman
dan kawanku,
juga penyenang
bagiku dan yang setia bersamaku,
sepanjang malam
dan siangku...
wahai Tuhanku
dalam jiwa ini terdapat hajat,
tunaikanlah wahai
yang Maha Menunaikan,
tetnteramkanlah
rahsia dan hatiku,
dari kebimbangan
dan pergolakannya...
sungguh aku berada
dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga
ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku...
got form here: http://insanrindukasihilahi.blogspot.com/
got form here: http://insanrindukasihilahi.blogspot.com/